Terjemahan

Sunday, 27 May 2012

'Scaffolding'


1.0              Perancah (Scaffolding)
1.1              Pengenalan
Konsep ‘scaffolding membawa maksud suatu bantuan atau bimbingan kepada pelajar bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang tidak dapat diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada guru. Menurut Vygotsky (1978), guru dapat merangsang zon ini dengan memberikan peluang yang banyak kepada pelajar bergerak balas yang mencakupi kemahiran dan kebolehan yang boleh dilakukan oleh pelajar secara bersendirian serta lain-lain kemahiran yang memerlukan bantuan guru (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007). 
‘Scaffolding juga dikatakan sebagai ‘ was developed as a metaphor to describe the type of assistance offered by a teacher or peer to support learning. In the process of scaffolding, the teacher helps the student master a task or concept that the student is initially unable to grasp independently. The teacher offers assistance with only those skills that are beyond the student’s capabality’. 

1.2              ‘Scaffolding Sebagai Sokongan Instruksional Interaktif.
‘Scaffolding’  dapat membantu pelajar bergerak melalui zon perkembangan proksimal[1] (Zon of Proximal Development)  dengan membolehkan pelajar menyelesaikan sesuatu tugasan tanpa bantuan orang lain. Jadi, melaluinya tindak balas dan keperluan pelajar akan dapat dipenuhi dengan cara mengubahsuaikannya kepada tahap pencapaian yang boleh dicapai oleh pelajar. Guru perlu memberikan bantuan atau bimbingan apabila diperlukan dan berhenti membantu setelah pelajar mula menunjukkan kemampuan dalam menyelesaikan tugasan.
‘Scaffolding’ berinstruksional akan memberikan sokongan kepada pelajar misalnya di dalam bilik darjah, guru menyediakan ‘scaffolding’ dengan menghuraikan dan membahagikan isi sesuatu petikan kepada perenggan-perenggan yang dapat diselesaikan, menunjukkan kemahiran ‘modelling’ dengan membenarkan pelajar menyelesaikan tugasan secara bersendirian apabila guru berasa yakin pelajar-pelajarnya sudah bersedia (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007).
1.3              Pengaplikasian strategi pengajaran dalam bilik darjah menurut Vygotsky : ‘Scaffolding’.
i.                    Guru bertindak memberi sokongan kepada pelajar yang memerlukan bantuan atau bimbingan dalam melaksanakan tugasan.
ii.                  Guru akan memberikan demonstrasi sambil memberikan penerangan semasa mengajar.
iii.                Guru cuba meringkaskan sesuatu masalah atau membahagikan sesuatu tugasan kepada langkah-langkah yang mudah difahami oleh pelajar.
iv.                Sekiranya pelajar meghadapi masalah atau kesukaran dalam membuat tugasan, guru akan menyediakan soalan-soalan yang memfokus kepada masalah tersebut.
v.                  Guru akan berhenti memberi bantuan setelah pelajar mampu menyiapkan tugasan tanpa memerlukan bantuan.

1.4              Jenis-jenis ‘scaffolding’ dan aplikasinya di dalam bilik darjah

Jenis Scaffolding

Contoh
1.‘Modelling’
Seorang guru seni lukis telah mendemonstrasikan cara melukis sebelum mengarahkan pelajar untuk cuba melukis secara bersendirian
2. Memberi penerangan
Seorang guru fizik menyuarakan pendapatnya semasa beliau menyelesaikan soalan-soalan di papan hitam.
3. Menanya soalan
Selepas ‘modelling’ dan memberi penerangan seorang guru akan menanyakan soalan kepada pelajar.
4. Adaptasi bahan instruksional
Seorang guru pendidikan jasmani akan merendahkan jaring apabila sedang mengajar cara-cara menjaring bola dan menaikkan jaring ke aras yang lebih tinggi apabila pelajar bertambah mahir.
5. Sedia membantu dan memberi panduan
Kanak-kanak di tadika diajar cara mengikat tali kasut mengikut langkah-langkah oleh guru.
      (Dipetik & diubahsuai daripada : Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007)

 2.0       Dapatan Kajian
Dua buah sekolah telah dipilih untuk melihat penggunaan ‘scaffolding’ di dalam bilik darjah bagi membantu para pelajar yang lemah iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Kechai, Jalan Kuala Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Setar, Kedah.
            2.1       Sekolah Kebangsaan Telok Kechai
Kelas yang dipilih adalah Tahun 1 Anggerik dan difokuskan kepada pelajar yang dikenalpasti menghadapi masalah dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.  Program LINUS telah diperkenalkan untuk membantu pelajar-pelajar tersebut.  Mereka akan disaring terlebih dahulu menggunakan dua jenis instrumen iaitu Instrumen Numerasi dan Literasi secara bertulis dan lisan (rujuk lampiran manual instrumen numerasi lisan dan contoh numerasi bertulis). Sebanyak 12 konstruk (20 item) yang diuji dan pelajar yang dapat mencapai tahap konstruk 1 hingga 10 akan dimasukkan dalam pelajar aliran perdana (mencapai tahap yang memuaskan/ tiada masalah pembelajaran). Bagi pelajar yang tidak dapat mencapai konstruk yang ditetapkan (menguasai konstruk 1 dan 2 tetapi tidak menguasai mana-mana konstruk 3 hingga 9 dan tidak menguasai konstruk 1 dan 2 akan dibimbing oleh guru pemulihan khas) pula, akan dimasukkan ke dalam kumpulan Linus biasa yakni berada di dalam zon perkembangan proksimal.
Guru yang terlibat di dalam membantu pelajar-pelajar ini terdiri daripada guru mata pelajaran kelas yang terlibat dan guru pemulihan khas. Memandang kelas ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang berada di peringkat rendah maka proses pengajaran dan pembelajaran bergantung sepenuhnya pada guru. alat bantu mengajar seperti kad imbasan, manik-manik yang boleh digabungkan menggunakan tali, dan carta turut digunakan untuk membantu pelajar mengira.
            2.1.1    Jenis ‘Scaffolding’
Guru menggunakan menggunakan kelima-lima jenis ‘scaffolding’ iaitu ‘modelling’, memberi penerangan, menanya soalan, adaptasi bahan instruksional dan sedia membantu dan memberi panduan.

Jenis Scaffolding

Contoh
1.‘Modelling’
Guru mendemonstrasikan teknik menggabungkan manik satu persatu menggunakan tali sebelum mengarahkan pelajar untuk cuba mengira secara bersendirian.
2. Memberi penerangan
Guru menerangkan cara menyelesaikan soalan-soalan bagi bab operasi tambah dan tolak di papan hitam.
3. Menanya soalan
Selepas ‘modelling’ dan memberi penerangan guru akan menanyakan soalan kepada pelajar.
4. Adaptasi bahan instruksional
Guru menunjukkan cara bagaimana menggabungkan manik-manik menggunakan tali sambil mengira satu persatu. Guru menggunakan dua warna yang berbeza untuk memudahkan pelajar melakukan operasi tambah dan tolak. Guru akan beralih kepada teknik yang lebih tinggi arasnya setelah pelajar bertambah mahir dan faham.
5. Sedia membantu dan memberi panduan
Pelajar diajar cara menyelesaikan soalan operasi tambah dan tolak mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.

   2.2      Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik
Kelas yang dipilih adalah Tingkatan 3 KAB 5 (Kelas Aliran Biasa) yang dikategorikan sebagai kelas ‘hujung’. Secara keseluruhannya, para pelajar di dalam kelas ini tergolong di dalam zon perkembangan proksimal yakni individu yang boleh belajar sesuatu kemahiran dengan bantuan orang lain (guru). Pemantauan dilakukan adalah bagi mata pelajaran sejarah .
Para pelajar diarahkan membentuk kumpulan perbincangan dan dibahagikan kepada 9 kumpulan (4 orang). Guru mengedarkan kertas soalan dan dalam tempoh masa yang ditetapkan pelajar dikehendaki  saling membantu mencari jawapan di dalam buku teks (rujuk lampiran). Sesi perbincangan jawapan dilakukan di mana salah seorang ahli kumpulan secara sukarela bangun untuk menjawab. Guru memotivasikan pelajar melalui pemberian ganjaran (pemberian gula-gula) kepada pelajar yang dapat menjawab dengan tepat. Tambah menarik lagi, bagi pelajar yang telah menjawab diberi peluang untuk memilih siapa yang akan menjawab soalan seterusnya. Ini secara tidak langsung mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di samping membolehkan pelajar mengambil bahagian secara aktif dan memberi peluang mengeluarkan pendapat tanpa rasa malu kepada rakan-rakan yang lebih pintar.
Perbincangan secara berkumpulan ini turut melibatkan aktiviti ‘berdialog’ yakni salah satu cara penting yang digunakan dalam ‘scaffolding’. Menurut Vygotsky, remaja merupakan pelajar yang mempunyai banyak kemahiran dan pengetahuan tetapi mereka tidak sistematik dan tidak pandai menyusun fakta. Jadi, melalui pertanyaan kepada guru yang sistematik akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih bersistematik dan pandai menguruskan fakta-fakta yang ditemuinya. Melalui perbualan juga dapat membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru dengan dibantu oleh individu yang lebih mahir. (Abdul Aziz, Ramlah, Roslinda & Hazalizah, 2009).
2.1.1    Jenis ‘Scaffolding’
Guru menggunakan tiga jenis ‘scaffolding’ bagi membantu pelajar-pelajarnya menguasai tajuk yang diajar  iaitu memberi penerangan, menanya soalan dan sedia membantu dan memberi panduan. 

Jenis Scaffolding

Contoh
1. Memberi penerangan
Guru menyuarakan pendapatnya semasa beliau menyelesaikan soalan-soalan di papan hitam.
2. Menanya soalan
Selepas memberi penerangan guru  menanyakan soalan kepada pelajar.
3. Sedia membantu dan memberi panduan
Pelajar diajar cara mencari maklumat di dalam buku teks mengikut langkah-langkah yang disarankan oleh guru.

      3.0        Kesimpulan
Secara keseluruhannya ‘scaffolding’ dilihat sangat membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia dapat memotivasikan para pelajar untuk belajar, meminimumkan tahap kekecewaan pelajar yang mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah, pelajar dapat mengurangkan masa untuk mencari jawapan secara sendirian dan dapat belajar secara lebih efektif. Memetik pendapat Hartman (2002 dalam Suppiah, Ramlah & Abdul Aziz, 2008)  tujuan guru mengajar berpandukan ‘scaffolding’ adalah untuk menjadikan pelajar seorang penyelesai masalah dan individu pembelajar bebas. Sumbangan ‘scaffolding’ adalah untuk memastikan pelajar melibatkan diri dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Pelajar menerima ilmu secara aktif seiring tugas guru mencerdaskan pelajar melalui pembinaan ke atas ilmu pengetahuan yang sedang dimiliki dan membentuk ilmu pengetahuan baru. ‘Scaffolding’ juga dapat dianggap sebagai strategi pengajaran yang dapat memberi impak positif ke atas pembelajaran dan perkembangan intelek seseorang pelajar. Bagi pelajar sekolah menengah, jenis perancah yang digunakan semakin berkurangan kerana zon perkembangan proksimal mereka dianggap sudah matang berbanding peringkat rendah. Bantuan yang diperlukan daripada guru semakin berkurangan.


[1] Zon Perkembangan Proksimal ialah jarak antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara bersendirian dengan tahap perkembangan potensi yang dicapai melalui penguasaan ilmu di bawah bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran (Abdul Aziz, Ramlah, Roslinda & Hazalizah, 2009)

Sunday, 8 April 2012

Slanga Lelaki Gender Ketiga



Ini adalah cebisan hasil kajian saya bagi tesis Sarjana Linguistik Bahasa Melayu di Universiti Sains Malaysia. Kajian yang meneliti sejenis pemakaian bahasa yang dikenali sebagai slanga yang digunakan oleh golongan lelaki gender ketiga. Data kajian yang diperolehi akan dianalisis menggunakan teori Rumus Pembentukan Kata (Word Formation Rules) yang diperkenalkan oleh  Mark Aronoff (1976). Proses pembentukan kata ini menggunakan prefiks untuk membina perkataan baru yang dikenali sebagai proses derivasi. Di antara prefiks yang digunakan di dalam slanga ini ialah [məN-], [bəR-], [təR-], [di-] dan [pəN-]. Setiap prefiks yang digunakan dianalisis dari sudut bentuk, fungsi dan makna sama ada dikekalkan atau tidak penggunaannya seperti di dalam bahasa Melayu Standard. Pengaplikasian RPK ini meliputi Hipotesis Kesatuan Kata Dasar (HKKD), batasan morfologi bagi kata dasar, dan proses morfologi yang dikenali sebagai rumus alomorf iaitu proses pengguguran obstruen tak bersuara (POTB) dan asimilasi nasal. Produktiviti dan kekangan bagi setiap prefiks yang digunakan di dalam slanga ini turut dibincangkan. Perbandingan dari segi makna bagi perkataan yang dipinjam daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris juga turut dibuat bagi melihat sebarang pengubahsuaian makna yang diadaptasikan oleh penutur.
         Di bawah adalah contoh kosa kata yang digunakan di dalam slanga kajian saya : -
Perbezaan makna perkataan di antara slanga LGK dengan Bahawa Melayu Standard.

Perkataan
Makna
Contoh Ayat
  1. Anak ikan
SLGK
BMS

Lelaki remaja
Haiwan

“Nyah, kau dapat abang-abang ke anak ikan?”.
Ahmad ada membela anak ikan di rumahnya

  1. Adik-adik
SLGK

BMS

Lelaki lembut yang baru berjinak-jinak untuk menjadi pondan/mak nyah
Saudara kandung lelaki/perempuan yang lebih muda

“Perlu ke hem berlezzi dengan adik-adik segala?”.
Siti mempunyai adik-adik yang masih kecil.

  1. Abang-abang
SLGK

BMS

Lelaki yang sudah berkahwin

Saudara lelaki yang lebih tua daripada seseorang, panggilan khusus kepada saudara, tua lelaki, adik-beradik

“Of courselah, kana bang-abang aje yang tengah lepak kat situ”.
Ali tidak suka akan abang-abang tirinya.
  1. mak
SLGK
BMS

Kata ganti nama diri pertama
Singkatan bagi emak / ibu

“Mak kan ratu kan sekarang”
Saya sayang mak.

  1. esah
SLGK
BMS (sah)

Ahli sihir / bomoh
Mengesahkan / membenarkan / mensahkan

“Hang pi sah tak kat bomoh tu”
Pegawai tersebut telah mensahkan perletakan jawatannya.
  1. nyah
SLGK

BMS

Kata ganti nama diri kedua

Pergi, berambus,lari, hapus,hilang

“Ko makan sisa-sisa mak lah nyah. Sisa-sisa mak bersepah, kutip aje”
Operasi ops nyah pendatang asing giat dilakukan sejak kebelakangan ini.
  1. sentap
SLGK


BMS

Berkecil hati / merajuk


Menarik kuat-kuat, meragut

“Mak ala-ala sentap yaamat…itulah mak yang mak tak koser kalau balik kampong jumpa mak sedara.
Beg tangan perempuan itu disentap oleh peragut.

  1. anak ayam
SLGK
BMS

Mak nyah/pondan muda
Haiwan

“anak ayam kat KL hidup mewah”
Habis semua anak ayam di dalam reban itu mati

  1. gersang
SLGK


BMS

Terangsang

Kering dan tidak subur (bukan tanah), tegak kaku (bukan rambut), hampa, kosong

“Nyah, korang tak gersang ke nyah, mak gersang”
Tanah yang gersang itu sudah lama tidak ditimpa hujan.

  1. harus
SLGK (haruslah)



BMS (K.Bantu ragam)

Setuju / ya / elok



Mesti. Patut, wajib , tidak boleh tidak

i) “eh!, hang tak jumpa ke akak-akak dekat Tekun yang baru. Harus dipolish”.
ii) Haruslah kan. Takkanlah mak yang nak tepon dia nanti.
Para pelajar harus mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

  1. azab
SLGK

BMS

Merujuk kepada wajah yang hodoh,tidak cantik,lawa

Hukuman, seksaan (yang dideritai),kesengsaraan.dll

Kau memang pondan…pondan tak sedar diri, azab
Azab yang ditanggungnya selama ini sudah berakhir.


  1. sedap
SLGK
BMS

Menggiurkan

Enak (pada rasa,bau dll),senang (pada perasaan dll), nyaman.

“Dia ingat puki dia tu sedap sangatlah…feeling-feeling bagus.sudah.
Makanan yang dimasak oleh emak saya sungguh sedap

  1. akak-akak
SLGK
BMS (akak)

Mak nyah / pondan yang lebih tua dari segi umur , senior
(Bahasa pertuturan) kakak

Wow! Tengoklah, akak-akak ramai noks
Akak saya seorang guru

  1. balai
SLGK
BMS

Meliwat

  1. gedung, rumah (untuk awam) , pejabat
  2. rumah (gedung, bangunan), alam lingkungan istana

Noks…jangan suka sangat lepak kat asrama tu, nanti senior dating balai ko.
Orang kampong bergotong-royong membina balai untuk menyimpan hasil tanaman mereka.

  1. kepit
SLGK




BMS (berkepit)

  1. meniru cara wanita bercakap, berjalan dsb
  2. kesana ke mari bersama / tidak boleh berpisah



kepit tangan, berpegangan tangan, bergandingan tangan.

“Eh pondan!, jangan kepit jalan boleh tak? Amboi, kepit jalan,jalan feeling-feeling gedik ke?
“Nyah, kepitlah sikit suara nyah”.
“Dok berkepit 24 jam memanjang”
Pasangan yang baru berkahwin itu berjalan sambil berkepit tangan.

  1. sesuatu
SLGK


BMS

Meragui seseorang


Sesuatu benda yang kurang terang/tidak jelas

Aiyooo…yang rekrut-rekrut ni plak, ada yang mata yang terbeliaklah, ada yang macam hairanlah, curioslah, sesuatu.
Salmah asyik membelek-belek sesuatu dari tadi.

  1. sesuai
SLGK (sangat)


BMS

1. Tujuan untuk memerli,padan (muka)
2. padan, elok

Setimbal, selaras, setuju

Si Kiah tu asyik jer bergaduh dengan laki dia. Ee..sesuai sangat.
Mungkin lubang perigi itu sesuai la dengan kau
Tilam rekaan baru ini sesuai dibawa ke mana sahaja
  1. ong
SLGK

BMS

Memulakan aktiviti bersetubuh

Bernasib baik,bahagia,mujur,beruntung

Nyah, mak nak ong dulu ye.

Perniagaan Lim dikatakan ong sejak kebelakangan ini.

  1. angkut
SLGK
BMS (mengangkut)

Membawa berkali-kali (orang/teman lelaki)
Membawa berkali-kali barang/benda)

“Nyah, ko berangkut ke malam ni?:
Beberapa buah lori digunakan untuk mengangkut barang ke kilang berdekatan.

  1. rempit
SLGK

BMS (merempit)

Merujuk kepada lelaki yang suka berlumba motor/mat motor
Membelasah,merotan,menyebat

“Sekarang ni mak suka dengan abang-abang mat rempit sebenarnya”
Pak Abu merempit anaknya yang nakal itu

  1. cucuk
SLGK

BMS

Liwat

Cungkil,suntik,pacak/ jarum

“Jantan mana yang cucuk ko malam ni, nyah. Arek ke”
Dani menggosok-gosok bekas cucuk tadi

  1. mengancam
SLGK


BMS

Seseorang lelaki yang mempunyai daya tarikan,kacak,


menakutkan,menggertak,mengugut,membahayakan

Tadi mak jumpa abang ask tau.mengancam sangat.

Banjir Lumpur yang melanda ibu Negara Thailand mengancam keselamatan penduduk ngara itu.
  1. kelas
SLGK

BMS

Hebat

Kelompok, golongan / bilik darjah/kategori,jenis

“Mak,bottom-bottom pun, bottom selected.
Amboi. Gitu…memang kelas
Ikan paus merupakan haiwan di dalam kelas mamalia
  1. meletup
SLGK

BMS

  1. kacak,elok paras rupa
  2. kecoh
pecah dan berbunyi seperti bunyi pecah (tembakan meriam, bola pecah dll),meledak, meletus,

“Lepas mak memastika keadaan diri mak vogue dan meletup, mak pun bergerak ke transit”
Bom yang meletup itu mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa
  1. anjing
SLGK (hanjeng)



BMS

Makian


  1. sejenis binatang yang menyalak
  2. barua,tali barut

“Yerla kan, dengan insiden kat klinik hanjeng itu and then malam tadi, mak tertidur lak masa tengok National Geographic (NGC)”
Segelintir orang Melayu pernah menjadi anjing kepada Jepun suatu masa dahulu.
  1. kongkang
SLGK
BMS

Berjalan dengan cara kaki terbuka
Kera kecil yang tidak berekor adalah daripada keluarga Lorisidae

“Eh, nyah. Mak dengar dia hebat menari nyah.
Kongkang sebenarnya.
Kongkang kini sukar ditemui
  1. mak ayam
SLGK (mak ayam besar)





BMS


  1. Ketua kepada mak nyah/ menguruskan pondan-pondan untuk melacur
  2. penghormatan untuk nyah veteran/tua
  3. untuk perakuan



ketua perempuan jahat/menguruskan hal-hal pelacuran/ perempuan sundal

  1. “Eh, jangan main-main dia tu mak ayam besar kat Lorong Gharu itu…”
  2. “Apa khabar mak ayam. Mak ayam sihat ke?”
  3. jumpa mak-mak ayam ini, “Hai mak ayam besar”. Tak kira depan-depan perpustakaan ni, mak ayam besar”.
Seorang mak ayam telah ditangkap bersama-sama dengan enam orang pelacur.
  1. nonok
SLGK
BMS

Kata ganti nama diri kedua
Kemaluan perempuan/ faraj

“Ko memang kelas nonok, keles”
Nonok perlu dijaga kebersihannya
  1. cantik
SLGK (santek)

BMS

Merujuk kepada pondan/mak nyah

Merujuk kepada wanita

“Setengah lelaki tu, alah biasalah pondan tak cantik, kalau dah berlaki sayang”
Wanita yang cantik itu ibu saya.
  1. sudah
SLGK (sudahlah)
BMS (K.Bantu aspek

Berhenti bercakap,cara untuk menghentikan perbualan
  1. telah bersiap sedia,lengkap,selesai
  2. habis,berakhir
  3. telah lalu,lampau
  4. telah berlaku (terjadi)
  5. sudahlah (dengan yang demikian itu) padalah

“Sudahlah gedik, baliklah kau gedik!”
Projek pembangunan di kawasan pedalaman itu sudah selesai



 
Perbezaan makna perkataan di antara slanga LGK dengan bahasa Inggeris

Perkataan
Makna
Contoh Ayat
  1. remote control
SLGK
BI


Berangan/perasan
Alat kawalan jauh


“Alah,tak payahlah nak remote control nyah”.
The missile was exploaded by remote control
  1. vogue
SLGK
BMS

Berpakaian cantik,bergaya
Ikut-ikutan

“Nyah, kau vogue la”
Long straight skirts are all the vogue at the moment.
  1. top
SLGK
BI

Meliwat
Atas, anak tangga atas sekali

“Dia sekarang top nyah”.
An office on the top of the building.
  1. bottom
SLGK
BI

Diliwat
Bawah sekali,paling rendah/bontot, punggung

“mak rasa dia ni sentiasa bottom”
The bottom of the plank was infected with termites.
  1. plum
SLGK
BI

Gemuk
Pokok (plum), buah, warna

“Eh, mak tak taste langsung dengan jantan kamp ni”

  1. drag
SLGK
BMS

Berpakaian seperti perempuan
Tiak seronok, kolot/seretan

“Malam ni drag ke wak?”
Living with my folks is such a drag
  1. taste
SLGK
BMS

Citarasa / minat (terhadap lelaki)
  1. rasa  2. merasa  3. mengecap  4. kesukaan / minat
      5. citarasa

“Bagi mak, mak tak kisah asalkan taste mak”.
He never lost his taste for fast expensive cars.


Perkataan baru slanga golongan LGK dan maknanya

1. cikcur
Melacur
“Pi ka malam ni cikcur?”
2. nok
Kata ganti nama diri kedua
“hoi nok, dekat Tekun ke? Aku tak tengok
3. main belakang
Persetubuhan melalui dubur
“Nyah…nyah…laki hang main belakang tak?
4. main celah
Menggeselkan zakar di antara celah paha
Abih, korang lessi main celah kea pa?Macam mana
5. cium mulut
Perbuatan mencium di bahagian mulut
“Laki mak pandai cium mulut
6. gayah
Gay / lelaki yang tertarik kepada lelaki
Eh, kau gayah ke?
7. kak nam
Penghasut
Tapi ciktan tu kak nam gak, tersengih-sengih masa tu.
8. celah bedah
Perampas kekasih seseorang
Kalau nak celah bedah tu, buat ler dengan baik. Cucuk jarum slow-slow, tak payah nak gopoh.
9. cikrongan
Cakap besar
Si Zuly tu tak abih-abih nak cikrongan lah.
10. kekwat
Sombong , berlagak
“Amboi pondan tu mentang-mentang cantik, kekwat
11. spedo
Penipu
Kalau tak dia dari tadi lagi dah pergi kat ponen lain. Hmm…statement spedo maut.
12. spedo
Menyara hidup seseorang
Nyah, dia tu nasib je. Ada jantan spedo, ada bapak ayam spedo. Bolehlah operate.
13. bukak api
Dapat pelanggan / melakukan hubungan seks dengan pelanggan
“Semalam hang pi cikndut bukak api dak?”
14.cikndut
Melacur
“Hang cikndut kat mana malam ni?”
15. suplidah
Bercium mulut ke mulut
Belakang, depan, suplidah, semua kena, sedaps sangat.
16. mampan
Tegap , sasa
Ciknek dia o.k jugaklah tapi tak sunat, ada sic pack and mampan.
17. balai / balas
Liwat
“Laki tub balai aku ganas la”
18. pecah lubang
Rahsia terbongkar
“Nyah, mak pecah lubang la, jantan tu ingat mak pompuan, mana tau mak pondan”
19. cipap
Kemaluan / merujuk kepada perempuan
Cipap tu berangan, nyah”. / “Cipap mak tembam”
20. mandrem
Guna-guna
Alah, kalau dapat jantan pun, jantan mandrem nyah.
21. propa
Tipu
“so, mak pun propa la kat ciktan tu yang mak tak penah ciksap dengan orang kalau first time jumpa.
22. atum
Kacak, lawa
“Mak taste sangat kat abang-abang ask tu, very the atum”.
23. gegirl
Kewanitaan (cara berpakaian)
“amboi noks, drag ala-ala gegirl gitu…keles ko”.
24. ciktom
Lelaki yang diliwat lelaki lain
“Mak suka sangat jadik ciktom ni, sedaps sangat”.
25. ciktop
Lelaki yang meliwat lelaki lain
“Nyah, malam tadi abang-abang ke anak ikan yang jadi ciktop ko?”
26. ciksap
Menghisap
“Sedaps sungguh mak rasa masa dia ciksap ciktek mak”
27. mulut longkang
Cabul, celupar
“Molot…tak sayang molot.molot longkang”.
28. cikcut
Pancut (air mani)
“Lepas ciktan tu cikcut, dia pun took a nap, meniarap”.
29. lessi
Lesbian
“Lessi, berlessi…macam mana tu?”
30.gerdus

Terlalu dahagakan seks

“kalau ye pun korang gerdus takkan nak berlessi kot
31. lobos
Berlubang
Sebab dia punya tui dah tu kot, lobos, lepas lobos, lohong. Lepas lohong jadi terowong.
32. noks coverina
Lelaki yang menyembunyikan identity pondannya
Noks jugak…tapi noks coverina.
33. bottom selected
Menjadi pilihan utama
Mak bottom-bottom mak pun, bottom selected
34. lancap terung
Onani
Lancap terung…takdak orang lain, terpaksalah main lancap
35. fleksi-fleksi
Melakukan perbuatan meliwat dan diliwat
“dah tu, kata fleksi-fleksi. Gayah lah tu.”
36.  can do
Menarik, kacak, lawa
“Nak sangat anak ikan, konek kecik tak sedap.
“Asalkan muka can di o.k”.”
37. susuk
Janggut / misai
“Susuk-susuk di muka tu cantik ke?”
38. feeling-feeling bagus
Perasan
“Dia ingat puki dia sedap sangatlah, feeling-feeling bagus. Sudah..”
39. pepet
Kemaluan
“Pepet je tak berubah. Pepet maintain bergantung”.
40. mak aji
Bomoh
“R ikut mak dan kata kat mak jangan minum air tu, sebab dia dah mak aji”.
41. mampan
Merujuk kepada keadaan tubuh badan lelaki
“Aiyoo…mak terkejut tapi mak mampu melihat saja abang mampan itu ciksap ciknek mak”.
42. ibu ratu
Senior
“Sudahlah kau nyah, tangan…ambik berkat ni ha…berkat ibu ratu…”
43. berkok / kokcak
Melakukan persetubuhan
“Pi berkok la, tak laku”.
44. sapple
Menghisap zakar (oral seks)
“Dia suruh mak sapple dia…tak koser”.
45. jefri
Kemaluan lelaki
“Alah jefri dia tak besar sangat, ibu jari je”.
46. tegha
Menghisap zakar / memancutkan air mani ke dalam mulut
“Dia tu suka tegha jer, dakak lanje tak nak”
47. dakak lanje/ dakap lanje
Bersetubuh
“dakak lanje mak tak nak ye, sori o.k”.

48. jes
Kacak, lawa
“Jesnya jantan tu”
49. b-y
Kacak, lawa
“Shuben mak b-y tau”
50. shuben
Laki, teman lelaki
“Mak dah lama tak bershuben”
51. peding
Untuk membentuk tubuh badan seperti susuk tubuh perempuan (di bahagian pinggul)
“Nyah, baik ko pakai peding. Nanti jantan tak dapat beza tiang lampu dengan ko”.
52. mak ayam perigi
Pondan yang berbadan besar
“Nyah ni, kena mak ayam perigi”.
53. wakmasuk
Main belakang / liwat
“Mak suruh dia wakmasuk, dia tak nak. Dia nak tegha jer, lagi best dia kata”.