1.0
Perancah
(Scaffolding)
1.1
Pengenalan
Konsep
‘scaffolding’ membawa maksud suatu
bantuan atau bimbingan kepada pelajar bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang
tidak dapat diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada guru. Menurut Vygotsky
(1978), guru dapat merangsang zon ini dengan memberikan peluang yang banyak
kepada pelajar bergerak balas yang mencakupi kemahiran dan kebolehan yang boleh
dilakukan oleh pelajar secara bersendirian serta lain-lain kemahiran yang
memerlukan bantuan guru (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007).
‘Scaffolding’ juga dikatakan sebagai ‘ was developed as a metaphor to describe the type of assistance offered
by a teacher or peer to support learning. In the process of scaffolding, the
teacher helps the student master a task or concept that the student is
initially unable to grasp independently. The teacher offers assistance with
only those skills that are beyond the student’s capabality’.
1.2
‘Scaffolding’ Sebagai Sokongan Instruksional
Interaktif.
‘Scaffolding’ dapat membantu pelajar bergerak melalui zon
perkembangan proksimal[1] (Zon of Proximal Development) dengan membolehkan pelajar menyelesaikan
sesuatu tugasan tanpa bantuan orang lain. Jadi, melaluinya tindak balas dan
keperluan pelajar akan dapat dipenuhi dengan cara mengubahsuaikannya kepada
tahap pencapaian yang boleh dicapai oleh pelajar. Guru perlu memberikan bantuan
atau bimbingan apabila diperlukan dan berhenti membantu setelah pelajar mula
menunjukkan kemampuan dalam menyelesaikan tugasan.
‘Scaffolding’
berinstruksional akan memberikan sokongan kepada pelajar misalnya di dalam
bilik darjah, guru menyediakan ‘scaffolding’ dengan menghuraikan dan
membahagikan isi sesuatu petikan kepada perenggan-perenggan yang dapat
diselesaikan, menunjukkan kemahiran ‘modelling’ dengan membenarkan pelajar
menyelesaikan tugasan secara bersendirian apabila guru berasa yakin
pelajar-pelajarnya sudah bersedia (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir,
2007).
1.3
Pengaplikasian
strategi pengajaran dalam bilik darjah menurut Vygotsky : ‘Scaffolding’.
i.
Guru bertindak memberi sokongan kepada
pelajar yang memerlukan bantuan atau bimbingan dalam melaksanakan tugasan.
ii.
Guru akan memberikan demonstrasi sambil
memberikan penerangan semasa mengajar.
iii.
Guru cuba meringkaskan sesuatu masalah
atau membahagikan sesuatu tugasan kepada langkah-langkah yang mudah difahami
oleh pelajar.
iv.
Sekiranya pelajar meghadapi masalah atau
kesukaran dalam membuat tugasan, guru akan menyediakan soalan-soalan yang
memfokus kepada masalah tersebut.
v.
Guru akan berhenti memberi bantuan setelah
pelajar mampu menyiapkan tugasan tanpa memerlukan bantuan.
1.4
Jenis-jenis
‘scaffolding’ dan aplikasinya di dalam bilik darjah
Jenis Scaffolding
|
Contoh
|
1.‘Modelling’
|
Seorang guru seni
lukis telah mendemonstrasikan cara melukis sebelum mengarahkan pelajar untuk
cuba melukis secara bersendirian
|
2. Memberi penerangan
|
Seorang guru fizik
menyuarakan pendapatnya semasa beliau menyelesaikan soalan-soalan di papan
hitam.
|
3. Menanya soalan
|
Selepas ‘modelling’
dan memberi penerangan seorang guru akan menanyakan soalan kepada pelajar.
|
4. Adaptasi bahan instruksional
|
Seorang guru
pendidikan jasmani akan merendahkan jaring apabila sedang mengajar cara-cara
menjaring bola dan menaikkan jaring ke aras yang lebih tinggi apabila pelajar
bertambah mahir.
|
5.
Sedia membantu dan memberi panduan
|
Kanak-kanak
di tadika diajar cara mengikat tali kasut mengikut langkah-langkah oleh guru.
|
(Dipetik & diubahsuai daripada :
Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007)
2.0 Dapatan
Kajian
Dua
buah sekolah telah dipilih untuk melihat penggunaan ‘scaffolding’ di dalam
bilik darjah bagi membantu para pelajar yang lemah iaitu Sekolah Kebangsaan
Telok Kechai, Jalan Kuala Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul
Malik, Alor Setar, Kedah.
2.1
Sekolah Kebangsaan Telok Kechai
Kelas
yang dipilih adalah Tahun 1 Anggerik dan difokuskan kepada pelajar yang dikenalpasti
menghadapi masalah dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Program LINUS telah diperkenalkan untuk
membantu pelajar-pelajar tersebut. Mereka akan disaring terlebih dahulu
menggunakan dua jenis instrumen iaitu Instrumen Numerasi dan Literasi secara
bertulis dan lisan (rujuk lampiran manual instrumen numerasi lisan dan contoh
numerasi bertulis). Sebanyak 12 konstruk (20 item) yang diuji dan pelajar yang
dapat mencapai tahap konstruk 1 hingga 10 akan dimasukkan dalam pelajar aliran
perdana (mencapai tahap yang memuaskan/ tiada masalah pembelajaran). Bagi
pelajar yang tidak dapat mencapai konstruk yang ditetapkan (menguasai konstruk
1 dan 2 tetapi tidak menguasai mana-mana konstruk 3 hingga 9 dan tidak
menguasai konstruk 1 dan 2 akan dibimbing oleh guru pemulihan khas) pula, akan dimasukkan
ke dalam kumpulan Linus biasa yakni berada di dalam zon perkembangan proksimal.
Guru
yang terlibat di dalam membantu pelajar-pelajar ini terdiri daripada guru mata pelajaran
kelas yang terlibat dan guru pemulihan khas. Memandang
kelas ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang berada di peringkat rendah maka
proses pengajaran dan pembelajaran bergantung sepenuhnya pada guru. alat bantu
mengajar seperti kad imbasan, manik-manik yang boleh digabungkan menggunakan
tali, dan carta turut digunakan untuk membantu pelajar mengira.
2.1.1 Jenis ‘Scaffolding’
Guru
menggunakan menggunakan kelima-lima jenis ‘scaffolding’ iaitu ‘modelling’,
memberi penerangan, menanya soalan, adaptasi bahan instruksional dan sedia
membantu dan memberi panduan.
Jenis Scaffolding
|
Contoh
|
1.‘Modelling’
|
Guru mendemonstrasikan
teknik menggabungkan manik satu persatu menggunakan tali sebelum mengarahkan
pelajar untuk cuba mengira secara bersendirian.
|
2.
Memberi penerangan
|
Guru menerangkan cara
menyelesaikan soalan-soalan bagi bab operasi tambah dan tolak di papan hitam.
|
3.
Menanya soalan
|
Selepas ‘modelling’
dan memberi penerangan guru akan menanyakan soalan kepada pelajar.
|
4.
Adaptasi bahan instruksional
|
Guru menunjukkan cara
bagaimana menggabungkan manik-manik menggunakan tali sambil mengira satu
persatu. Guru menggunakan dua warna yang berbeza untuk memudahkan pelajar
melakukan operasi tambah dan tolak. Guru akan beralih kepada teknik yang
lebih tinggi arasnya setelah pelajar bertambah mahir dan faham.
|
5.
Sedia membantu dan memberi panduan
|
Pelajar
diajar cara menyelesaikan soalan operasi tambah dan tolak mengikut
langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.
|
2.2 Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul
Malik
Kelas
yang dipilih adalah Tingkatan 3 KAB 5 (Kelas Aliran Biasa) yang dikategorikan
sebagai kelas ‘hujung’. Secara keseluruhannya, para pelajar di dalam kelas ini
tergolong di dalam zon perkembangan proksimal yakni individu yang boleh belajar
sesuatu kemahiran dengan bantuan orang lain (guru). Pemantauan dilakukan adalah
bagi mata pelajaran sejarah .
Para pelajar diarahkan membentuk kumpulan
perbincangan dan dibahagikan kepada 9 kumpulan (4 orang). Guru mengedarkan
kertas soalan dan dalam tempoh masa yang ditetapkan pelajar dikehendaki saling membantu mencari jawapan di dalam buku
teks (rujuk lampiran). Sesi perbincangan jawapan dilakukan di mana salah
seorang ahli kumpulan secara sukarela bangun untuk menjawab. Guru memotivasikan
pelajar melalui pemberian ganjaran (pemberian gula-gula) kepada pelajar yang
dapat menjawab dengan tepat. Tambah menarik lagi, bagi pelajar yang telah
menjawab diberi peluang untuk memilih siapa yang akan menjawab soalan
seterusnya. Ini secara tidak langsung mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan di samping membolehkan pelajar mengambil bahagian secara aktif
dan memberi peluang mengeluarkan pendapat tanpa rasa malu kepada rakan-rakan
yang lebih pintar.
Perbincangan secara berkumpulan ini turut melibatkan
aktiviti ‘berdialog’ yakni salah satu cara penting yang digunakan dalam ‘scaffolding’.
Menurut Vygotsky, remaja merupakan pelajar yang mempunyai banyak kemahiran dan
pengetahuan tetapi mereka tidak sistematik dan tidak pandai menyusun fakta. Jadi,
melalui pertanyaan kepada guru yang sistematik akan menjadikan seseorang
pelajar itu lebih bersistematik dan pandai menguruskan fakta-fakta yang
ditemuinya. Melalui perbualan juga dapat membantu pelajar menyusun
konsep-konsep baru dengan dibantu oleh individu yang lebih mahir. (Abdul Aziz,
Ramlah, Roslinda & Hazalizah, 2009).
2.1.1 Jenis ‘Scaffolding’
Guru
menggunakan tiga jenis ‘scaffolding’ bagi membantu pelajar-pelajarnya menguasai
tajuk yang diajar iaitu memberi
penerangan, menanya soalan dan sedia membantu dan memberi panduan.
Jenis Scaffolding
|
Contoh
|
1. Memberi penerangan
|
Guru menyuarakan
pendapatnya semasa beliau menyelesaikan soalan-soalan di papan hitam.
|
2. Menanya soalan
|
Selepas memberi
penerangan guru menanyakan soalan
kepada pelajar.
|
3.
Sedia membantu dan memberi panduan
|
Pelajar
diajar cara mencari maklumat di dalam buku teks mengikut langkah-langkah yang
disarankan oleh guru.
|
3.0 Kesimpulan
Secara
keseluruhannya ‘scaffolding’ dilihat sangat membantu guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia dapat memotivasikan para
pelajar untuk belajar, meminimumkan tahap kekecewaan pelajar yang mengalami
kesukaran untuk menyelesaikan masalah, pelajar dapat mengurangkan masa untuk
mencari jawapan secara sendirian dan dapat belajar secara lebih efektif. Memetik
pendapat Hartman (2002 dalam Suppiah, Ramlah & Abdul Aziz, 2008) tujuan guru mengajar berpandukan ‘scaffolding’
adalah untuk menjadikan pelajar seorang penyelesai masalah dan individu
pembelajar bebas. Sumbangan ‘scaffolding’ adalah untuk memastikan pelajar
melibatkan diri dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Pelajar menerima
ilmu secara aktif seiring tugas guru mencerdaskan pelajar melalui pembinaan ke
atas ilmu pengetahuan yang sedang dimiliki dan membentuk ilmu pengetahuan baru.
‘Scaffolding’ juga dapat dianggap sebagai strategi pengajaran yang dapat memberi
impak positif ke atas pembelajaran dan perkembangan intelek seseorang pelajar. Bagi
pelajar sekolah menengah, jenis perancah yang digunakan semakin berkurangan
kerana zon perkembangan proksimal mereka dianggap sudah matang berbanding
peringkat rendah. Bantuan yang diperlukan daripada guru semakin berkurangan.
[1]
Zon Perkembangan Proksimal ialah jarak antara tahap perkembangan sebenar yang
ditentukan oleh penyelesaian masalah secara bersendirian dengan tahap
perkembangan potensi yang dicapai melalui penguasaan ilmu di bawah bimbingan
orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemahiran (Abdul Aziz, Ramlah,
Roslinda & Hazalizah, 2009)
No comments:
Post a Comment