Ini adalah cebisan hasil kajian saya bagi tesis Sarjana Linguistik Bahasa Melayu di Universiti Sains Malaysia. Kajian yang meneliti sejenis pemakaian bahasa yang dikenali sebagai slanga yang digunakan oleh golongan lelaki gender ketiga. Data kajian yang diperolehi akan dianalisis menggunakan teori Rumus Pembentukan Kata (Word Formation Rules) yang diperkenalkan oleh Mark Aronoff (1976). Proses pembentukan kata ini menggunakan prefiks untuk membina perkataan baru yang dikenali sebagai proses derivasi. Di antara prefiks yang digunakan di dalam slanga ini ialah [məN-], [bəR-], [təR-], [di-] dan [pəN-]. Setiap prefiks yang digunakan dianalisis dari sudut bentuk, fungsi dan makna sama ada dikekalkan atau tidak penggunaannya seperti di dalam bahasa Melayu Standard. Pengaplikasian RPK ini meliputi Hipotesis Kesatuan Kata Dasar (HKKD), batasan morfologi bagi kata dasar, dan proses morfologi yang dikenali sebagai rumus alomorf iaitu proses pengguguran obstruen tak bersuara (POTB) dan asimilasi nasal. Produktiviti dan kekangan bagi setiap prefiks yang digunakan di dalam slanga ini turut dibincangkan. Perbandingan dari segi makna bagi perkataan yang dipinjam daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris juga turut dibuat bagi melihat sebarang pengubahsuaian makna yang diadaptasikan oleh penutur.
Di bawah adalah contoh kosa kata yang digunakan di dalam slanga kajian saya : -
Perbezaan makna perkataan di antara slanga LGK dengan Bahawa Melayu Standard.
Perkataan | Makna | Contoh Ayat |
SLGK BMS | Lelaki remaja Haiwan | “Nyah, kau dapat abang-abang ke anak ikan?”. Ahmad ada membela anak ikan di rumahnya |
SLGK BMS | Lelaki lembut yang baru berjinak-jinak untuk menjadi pondan/mak nyah Saudara kandung lelaki/perempuan yang lebih muda | “Perlu ke hem berlezzi dengan adik-adik segala?”. Siti mempunyai adik-adik yang masih kecil. |
SLGK BMS | Lelaki yang sudah berkahwin Saudara lelaki yang lebih tua daripada seseorang, panggilan khusus kepada saudara, tua lelaki, adik-beradik | “Of courselah, kana bang-abang aje yang tengah lepak kat situ”. Ali tidak suka akan abang-abang tirinya. |
SLGK BMS | Kata ganti nama diri pertama Singkatan bagi emak / ibu | “Mak kan ratu kan sekarang” Saya sayang mak. |
SLGK BMS (sah) | Ahli sihir / bomoh Mengesahkan / membenarkan / mensahkan | “Hang pi sah tak kat bomoh tu” Pegawai tersebut telah mensahkan perletakan jawatannya. |
SLGK BMS | Kata ganti nama diri kedua Pergi, berambus,lari, hapus,hilang | “Ko makan sisa-sisa mak lah nyah. Sisa-sisa mak bersepah, kutip aje” Operasi ops nyah pendatang asing giat dilakukan sejak kebelakangan ini. |
SLGK BMS | Berkecil hati / merajuk Menarik kuat-kuat, meragut | “Mak ala-ala sentap yaamat…itulah mak yang mak tak koser kalau balik kampong jumpa mak sedara. Beg tangan perempuan itu disentap oleh peragut. |
SLGK BMS | Mak nyah/pondan muda Haiwan | “anak ayam kat KL hidup mewah” Habis semua anak ayam di dalam reban itu mati |
SLGK BMS | Terangsang Kering dan tidak subur (bukan tanah), tegak kaku (bukan rambut), hampa, kosong | “Nyah, korang tak gersang ke nyah, mak gersang” Tanah yang gersang itu sudah lama tidak ditimpa hujan. |
SLGK (haruslah) BMS (K.Bantu ragam) | Setuju / ya / elok Mesti. Patut, wajib , tidak boleh tidak | i) “eh!, hang tak jumpa ke akak-akak dekat Tekun yang baru. Harus dipolish”. ii) Haruslah kan. Takkanlah mak yang nak tepon dia nanti. Para pelajar harus mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. |
SLGK BMS | Merujuk kepada wajah yang hodoh,tidak cantik,lawa Hukuman, seksaan (yang dideritai),kesengsaraan.dll | Kau memang pondan…pondan tak sedar diri, azab Azab yang ditanggungnya selama ini sudah berakhir. |
SLGK BMS | Menggiurkan Enak (pada rasa,bau dll),senang (pada perasaan dll), nyaman. | “Dia ingat puki dia tu sedap sangatlah…feeling-feeling bagus.sudah. Makanan yang dimasak oleh emak saya sungguh sedap |
SLGK BMS (akak) | Mak nyah / pondan yang lebih tua dari segi umur , senior (Bahasa pertuturan) kakak | Wow! Tengoklah, akak-akak ramai noks Akak saya seorang guru |
SLGK BMS | Meliwat
| Noks…jangan suka sangat lepak kat asrama tu, nanti senior dating balai ko. Orang kampong bergotong-royong membina balai untuk menyimpan hasil tanaman mereka. |
SLGK BMS (berkepit) |
kepit tangan, berpegangan tangan, bergandingan tangan. | “Eh pondan!, jangan kepit jalan boleh tak? Amboi, kepit jalan,jalan feeling-feeling gedik ke? “Nyah, kepitlah sikit suara nyah”. “Dok berkepit 24 jam memanjang” Pasangan yang baru berkahwin itu berjalan sambil berkepit tangan. |
SLGK BMS | Meragui seseorang Sesuatu benda yang kurang terang/tidak jelas | Aiyooo…yang rekrut-rekrut ni plak, ada yang mata yang terbeliaklah, ada yang macam hairanlah, curioslah, sesuatu. Salmah asyik membelek-belek sesuatu dari tadi. |
SLGK (sangat) BMS | 1. Tujuan untuk memerli,padan (muka) 2. padan, elok Setimbal, selaras, setuju | Si Kiah tu asyik jer bergaduh dengan laki dia. Ee..sesuai sangat. Mungkin lubang perigi itu sesuai la dengan kau Tilam rekaan baru ini sesuai dibawa ke mana sahaja |
SLGK BMS | Memulakan aktiviti bersetubuh Bernasib baik,bahagia,mujur,beruntung | Nyah, mak nak ong dulu ye. Perniagaan Lim dikatakan ong sejak kebelakangan ini. |
SLGK BMS (mengangkut) | Membawa berkali-kali (orang/teman lelaki) Membawa berkali-kali barang/benda) | “Nyah, ko berangkut ke malam ni?: Beberapa buah lori digunakan untuk mengangkut barang ke kilang berdekatan. |
SLGK BMS (merempit) | Merujuk kepada lelaki yang suka berlumba motor/mat motor Membelasah,merotan,menyebat | “Sekarang ni mak suka dengan abang-abang mat rempit sebenarnya” Pak Abu merempit anaknya yang nakal itu |
SLGK BMS | Liwat Cungkil,suntik,pacak/ jarum | “Jantan mana yang cucuk ko malam ni, nyah. Arek ke” Dani menggosok-gosok bekas cucuk tadi |
SLGK BMS | Seseorang lelaki yang mempunyai daya tarikan,kacak, menakutkan,menggertak,mengugut,membahayakan | Tadi mak jumpa abang ask tau.mengancam sangat. Banjir Lumpur yang melanda ibu Negara Thailand mengancam keselamatan penduduk ngara itu. |
SLGK BMS | Hebat Kelompok, golongan / bilik darjah/kategori,jenis | “Mak,bottom-bottom pun, bottom selected. Amboi. Gitu…memang kelas Ikan paus merupakan haiwan di dalam kelas mamalia |
SLGK BMS |
pecah dan berbunyi seperti bunyi pecah (tembakan meriam, bola pecah dll),meledak, meletus, | “Lepas mak memastika keadaan diri mak vogue dan meletup, mak pun bergerak ke transit” Bom yang meletup itu mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa |
SLGK (hanjeng) BMS | Makian
| “Yerla kan, dengan insiden kat klinik hanjeng itu and then malam tadi, mak tertidur lak masa tengok National Geographic (NGC)” Segelintir orang Melayu pernah menjadi anjing kepada Jepun suatu masa dahulu. |
SLGK BMS | Berjalan dengan cara kaki terbuka Kera kecil yang tidak berekor adalah daripada keluarga Lorisidae | “Eh, nyah. Mak dengar dia hebat menari nyah. Kongkang sebenarnya. Kongkang kini sukar ditemui |
SLGK (mak ayam besar) BMS |
ketua perempuan jahat/menguruskan hal-hal pelacuran/ perempuan sundal |
Seorang mak ayam telah ditangkap bersama-sama dengan enam orang pelacur. |
SLGK BMS | Kata ganti nama diri kedua Kemaluan perempuan/ faraj | “Ko memang kelas nonok, keles” Nonok perlu dijaga kebersihannya |
SLGK (santek) BMS | Merujuk kepada pondan/mak nyah Merujuk kepada wanita | “Setengah lelaki tu, alah biasalah pondan tak cantik, kalau dah berlaki sayang” Wanita yang cantik itu ibu saya. |
SLGK (sudahlah) BMS (K.Bantu aspek | Berhenti bercakap,cara untuk menghentikan perbualan
| “Sudahlah gedik, baliklah kau gedik!” Projek pembangunan di kawasan pedalaman itu sudah selesai |
Perbezaan makna perkataan di antara slanga LGK dengan bahasa Inggeris
Perkataan | Makna | Contoh Ayat |
SLGK BI | Berangan/perasan Alat kawalan jauh | “Alah,tak payahlah nak remote control nyah”. The missile was exploaded by remote control |
SLGK BMS | Berpakaian cantik,bergaya Ikut-ikutan | “Nyah, kau vogue la” Long straight skirts are all the vogue at the moment. |
SLGK BI | Meliwat Atas, anak tangga atas sekali | “Dia sekarang top nyah”. An office on the top of the building. |
SLGK BI | Diliwat Bawah sekali,paling rendah/bontot, punggung | “mak rasa dia ni sentiasa bottom” The bottom of the plank was infected with termites. |
SLGK BI | Gemuk Pokok (plum), buah, warna | “Eh, mak tak taste langsung dengan jantan kamp ni” |
SLGK BMS | Berpakaian seperti perempuan Tiak seronok, kolot/seretan | “Malam ni drag ke wak?” Living with my folks is such a drag |
SLGK BMS | Citarasa / minat (terhadap lelaki)
5. citarasa | “Bagi mak, mak tak kisah asalkan taste mak”. He never lost his taste for fast expensive cars. |
Perkataan baru slanga golongan LGK dan maknanya
1. cikcur | Melacur | “Pi ka malam ni cikcur?” |
2. nok | Kata ganti nama diri kedua | “hoi nok, dekat Tekun ke? Aku tak tengok |
3. main belakang | Persetubuhan melalui dubur | “Nyah…nyah…laki hang main belakang tak? |
4. main celah | Menggeselkan zakar di antara celah paha | Abih, korang lessi main celah kea pa?Macam mana |
5. cium mulut | Perbuatan mencium di bahagian mulut | “Laki mak pandai cium mulut” |
6. gayah | Gay / lelaki yang tertarik kepada lelaki | Eh, kau gayah ke? |
7. kak nam | Penghasut | Tapi ciktan tu kak nam gak, tersengih-sengih masa tu. |
8. celah bedah | Perampas kekasih seseorang | Kalau nak celah bedah tu, buat ler dengan baik. Cucuk jarum slow-slow, tak payah nak gopoh. |
9. cikrongan | Cakap besar | Si Zuly tu tak abih-abih nak cikrongan lah. |
10. kekwat | Sombong , berlagak | “Amboi pondan tu mentang-mentang cantik, kekwat” |
11. spedo | Penipu | Kalau tak dia dari tadi lagi dah pergi kat ponen lain. Hmm…statement spedo maut. |
12. spedo | Menyara hidup seseorang | Nyah, dia tu nasib je. Ada jantan spedo, ada bapak ayam spedo. Bolehlah operate. |
13. bukak api | Dapat pelanggan / melakukan hubungan seks dengan pelanggan | “Semalam hang pi cikndut bukak api dak?” |
14.cikndut | Melacur | “Hang cikndut kat mana malam ni?” |
15. suplidah | Bercium mulut ke mulut | Belakang, depan, suplidah, semua kena, sedaps sangat. |
16. mampan | Tegap , sasa | Ciknek dia o.k jugaklah tapi tak sunat, ada sic pack and mampan. |
17. balai / balas | Liwat | “Laki tub balai aku ganas la” |
18. pecah lubang | Rahsia terbongkar | “Nyah, mak pecah lubang la, jantan tu ingat mak pompuan, mana tau mak pondan” |
19. cipap | Kemaluan / merujuk kepada perempuan | “Cipap tu berangan, nyah”. / “Cipap mak tembam” |
20. mandrem | Guna-guna | Alah, kalau dapat jantan pun, jantan mandrem nyah. |
21. propa | Tipu | “so, mak pun propa la kat ciktan tu yang mak tak penah ciksap dengan orang kalau first time jumpa. |
22. atum | Kacak, lawa | “Mak taste sangat kat abang-abang ask tu, very the atum”. |
23. gegirl | Kewanitaan (cara berpakaian) | “amboi noks, drag ala-ala gegirl gitu…keles ko”. |
24. ciktom | Lelaki yang diliwat lelaki lain | “Mak suka sangat jadik ciktom ni, sedaps sangat”. |
25. ciktop | Lelaki yang meliwat lelaki lain | “Nyah, malam tadi abang-abang ke anak ikan yang jadi ciktop ko?” |
26. ciksap | Menghisap | “Sedaps sungguh mak rasa masa dia ciksap ciktek mak” |
27. mulut longkang | Cabul, celupar | “Molot…tak sayang molot.molot longkang”. |
28. cikcut | Pancut (air mani) | “Lepas ciktan tu cikcut, dia pun took a nap, meniarap”. |
29. lessi | Lesbian | “Lessi, berlessi…macam mana tu?” |
30.gerdus | Terlalu dahagakan seks | “kalau ye pun korang gerdus takkan nak berlessi kot |
31. lobos | Berlubang | Sebab dia punya tui dah tu kot, lobos, lepas lobos, lohong. Lepas lohong jadi terowong. |
32. noks coverina | Lelaki yang menyembunyikan identity pondannya | Noks jugak…tapi noks coverina. |
33. bottom selected | Menjadi pilihan utama | Mak bottom-bottom mak pun, bottom selected |
34. lancap terung | Onani | Lancap terung…takdak orang lain, terpaksalah main lancap |
35. fleksi-fleksi | Melakukan perbuatan meliwat dan diliwat | “dah tu, kata fleksi-fleksi. Gayah lah tu.” |
36. can do | Menarik, kacak, lawa | “Nak sangat anak ikan, konek kecik tak sedap. “Asalkan muka can di o.k”.” |
37. susuk | Janggut / misai | “Susuk-susuk di muka tu cantik ke?” |
38. feeling-feeling bagus | Perasan | “Dia ingat puki dia sedap sangatlah, feeling-feeling bagus. Sudah..” |
39. pepet | Kemaluan | “Pepet je tak berubah. Pepet maintain bergantung”. |
40. mak aji | Bomoh | “R ikut mak dan kata kat mak jangan minum air tu, sebab dia dah mak aji”. |
41. mampan | Merujuk kepada keadaan tubuh badan lelaki | “Aiyoo…mak terkejut tapi mak mampu melihat saja abang mampan itu ciksap ciknek mak”. |
42. ibu ratu | Senior | “Sudahlah kau nyah, tangan…ambik berkat ni ha…berkat ibu ratu…” |
43. berkok / kokcak | Melakukan persetubuhan | “Pi berkok la, tak laku”. |
44. sapple | Menghisap zakar (oral seks) | “Dia suruh mak sapple dia…tak koser”. |
45. jefri | Kemaluan lelaki | “Alah jefri dia tak besar sangat, ibu jari je”. |
46. tegha | Menghisap zakar / memancutkan air mani ke dalam mulut | “Dia tu suka tegha jer, dakak lanje tak nak” |
47. dakak lanje/ dakap lanje | Bersetubuh | “dakak lanje mak tak nak ye, sori o.k”. |
48. jes | Kacak, lawa | “Jesnya jantan tu” |
49. b-y | Kacak, lawa | “Shuben mak b-y tau” |
50. shuben | Laki, teman lelaki | “Mak dah lama tak bershuben” |
51. peding | Untuk membentuk tubuh badan seperti susuk tubuh perempuan (di bahagian pinggul) | “Nyah, baik ko pakai peding. Nanti jantan tak dapat beza tiang lampu dengan ko”. |
52. mak ayam perigi | Pondan yang berbadan besar | “Nyah ni, kena mak ayam perigi”. |
53. wakmasuk | Main belakang / liwat | “Mak suruh dia wakmasuk, dia tak nak. Dia nak tegha jer, lagi best dia kata”. |
tak dapat baca la tulisan ni, boleh tak guna tulisan yang memudahkan untuk baca please
ReplyDeletesangat kelakar. terima kasih di atas kajian terperinci yang telah mengayakan Bahasa Melayu kita ini.
ReplyDelete